Saturday, November 29, 2008

Transgenesis by Amir Husaini

Wilson, Western Australia


Bagi saya novel ini sesuai untuk bacaan peringkat awal remaja dan ke atas. Ia merupakan suatu novel sains fiksyen yang amat menarik. Saya jarang menjumpai novel sains fiksyen dalam bahasa Melayu dan apabila membaca novel ini, saya rasakan kekuatan novel ini terletak kepada kreativiti penulis menghubungkaitkan jalan cerita dan dunia sains. Pembaca didedahkan kepada asas sains yang memang di pelajari di sekolah, contoh mudahnya proses fotosintesis. Asas sains ini diolah agar menjadi satu jalan cerita yang menarik. Secara peribadi, saya berharap pembaca terutama peringat awal remaja agar memiliki novel ini. Ibu bapa juga hendaklah mengalak anak-anak membaca novel sains fiksyen agar dapat memupuk kecintaan anak-anak kepada dunia sains. Amat menyedihkan masih ramai anak-anak bumiputera yang tidak meminati dan lemah dalam bidang sains (saya tidak mempunyai unjuran statistik tapi cikgu-cikgu sains sila beri pandangan anda).


I would like to take this opportunity to thank my friend, Saudara Amir Husaini for giving me this novel with his signature on. Really appreciate it and many thanks. I hope he will write more science fiction novel to incalculate positive interest among younsters in science. Saudara Amir is a qualified scientist (by qualification) himself and expert in Science and philosophy. Err by the way, saudara Amir I like your first novel too..ehehehe

34 comments:

xiiinam751 said...

Betul. Kekuatan sesuatu novel terletak pada kreativiti penulisnya!

Saya masih tidak jemu mengulang baca novel'Ayat-ayat Cinta'. Sebuah novel berjiwa. Membacanya seperti menghadiri sebuah kelas agama!!

opaq said...

komik suka la..
ehehehe...

en_me said...

bestnyerrr dapat novel freee gittewww..

izman said...

betul, penulis novel perlu berimiginasi dan beri fakta yg tepat.

sempat ke baca novel tu, asyik bizi manjang.

rajaotai said...

the cover looks nice~ XD
wondering bout the content

Mak Su said...

novel sains fiksyen? saya mmg minat ngan novel mcm ni

Neeza Shahril said...

tak pernah baca tapi macam interested nak tahu ceritanya..
good effort dari kawan awak tu.. :)

cendawanintim said...

dapat novel free??wahhhhh, syiok tuh!!

hUmmY said...

hoh!

cam bes je!

KAMATO said...

kadang2 nama penulis memain peranan kepada pembaca

Am said...

nak kawan dengan penulis novel jugalah, boleh dapat novel free hehehe

Am pun setuju, ada idea tapi tak ada kreativiti, segalanya menjadi tak menarik. Itulah yang Am masih tak ada untuk tulis novel hehehe

mrozaidi said...

Buku ini terjual di Australia ke..

Masy said...

seronok klu d tgn ade buku yg berkualiti. mmg x lalu makan sbb ralit mmbaca dibuatnye hehehe

addyaholix said...

dah baca tetralogi dari andrea hirata?
aku dah khatam Laskar Pelangi.
HEBAT!
masih tunggu waktu untuk baca Sang Pemimpi dan Edensor.

13may said...

saya tak suka membaca...menonton suka la :D

kadok said...

baca novel ayat2 cinta..baru suku je..lps tu tgk cite dia..terus mls nak abiskan...haihhhhh

suara said...

Salam arsaili...
Memang suka sgt baca novel. Tapi masa kecik dulu, kak su tak mampu nak beli novel. Tapi dapat baca gak kat library dan pinjam dgn kekawan. Dah dewasa ni, hubby tak benarkan beli novel (buku ilmiah saja yg dibenarkan) sbb dia tahu kalau kak su dah mula baca novel, mahu segala keje lain tak jalan. library pun dah tak jejak dah. huhu...

A t i Q a h said...

Fuh. Novel free. Nampak menyelerakan. Hak hak!

abahfateh said...

novel sains fiksyen punya khalayaknya tersendiri di Malaysia.

saya tak cukup adventerous (betul ke eja).. kurang kuasa sedikit nak baca novel sebegini.

muadzlife said...

wah bagus lah novel nie :)

BurungBelatuk said...

xsemua ada bakat menulis novel,jadi belilah yg ori....cantek gak novel nih,tahniah pada penulis die...

blackpurple @ jowopinter said...

Salam sdr

Kalau ada lebih2 bolehlah poskan kepada saya pulak ye. hehehe!

izzah said...

salam perkenalan..bestnye dapat novel free..2 yang jadik lebih syiokk nak membaca kan..

LNSarah said...

Assalamualaikum Abang arsaili,
Cuma nak beritahu..sekarang blog abang semakin "susah" untuk dibuka.dah sarat sangat kot.anyway I am still your silent reader..

kuchalana said...

try EKUINOX from azizi ali (couch jutawan).. boleh tahan jugak... aku xpernah beli novel.. tapi sbb mamat ni tulis.. saja nak tgk kemampuan dia bersastera.. xmengecewakan...

Sastri said...

salam... dah lama juga tak membaca novel sains fiksyen ni...

silversarina said...

Akak ni sains fiksyen samada novel atau movie memang kurang sangat minat taktau kenapa , malas nak fikir gamaknya ..anyway bagi orang muda elok baca :)

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua di sana.

zino said...

boleh syorkan fizah baca nanti tu.. nampak menarik..

PENDEKAR said...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN.

MEMAHAMI ERTI PENGORBANAN NABI IBRAHIM YANG SANGGUP MENGORBANKAN ANAKNYA KERNA CINTA PADA ALLAH

MARDHOTILLAH

:-)

DeeN said...

Wah.
Masih belum sempat nak beli novel Transgenesis. Asyik pegang, letak, pegang, letak. Huhu. Kena tggu book fair tawun depan ler.

hayad said...

menarik la. nak cari lah nnti

Chekgu BaniHassim said...

It might be caused by the attitude of the students themsleves..
kdg2, dorg lebih suke ambil jalan mudah..
malas berfikir, dan rasekan sains susah dan sekomplicated ahli-ahlinya...

nothing interested in learning sc..
and they dont think of the importance of learning it...

pendek kata: MALAS...that's all..
:)
Semoga melayu tak akan malas lagi..

Hantufail said...

sya kurang minat bca psl novel ni, tpi kalu cite psl sains fiksyen tu mmg giler r dibuatnye...huhuh

Faisal Admar said...

this book available in any bookstore? is there any way i can bank in to him and i got my book straight to me?